Monday, July 1, 2013

Salam Ramadhan

Hai semua, sorry sangat sebab tak ade post sebanyak beberapa bulan yang lalu (eh, dah guna Bm balik la..) hehehe...sebenarnya busy sangat!!

Sejak bekerja 13 Januari 2013 yang lalu hinggalah dah berhenti kerja 31 Mei yang lalu, barulah bercadang balik nak menulis blog. Maklumlah, nak kata busy tu tidaklah yer, tapi lepas balik kerja, mesti makan dulu kemudian terus tidur..

Hari-hari macam inilah sahaja life, sampailah berhenti kerja. Berhenti kerja pun sebab tak tahan dengan perangai menyampah colleague. Suka sangat "ngendeng" ngan bos sampai aku lak kena marah...fuh, nasib badan. Takpelah, aku dari dulu sampai sekarang memang tak suka sangat bekerja ngan orang ni. Alhamdulilah, dipermurahkan rezeki dan dapat buka bisnes sendiri.

Bisnes kecik-kecik jer yer, bukanlah besar mana pun....

(photo from Jamar Bahar)

Inilah hasil titik peluh sendiri (& boyfriend/bakal suami I). Akhirnya tercapai jugak salah satu daripada impian nak ada bisnes sendiri. Walaupun kecik dan masih banyak perlu diperbaiki, aku ngan dia akan try jugak sedaya upaya. Insyallah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...