Wednesday, January 29, 2014

Kentang Bakar Garam Masala & Sos Oren Mustard Madu

Hello :)

Rasanya semua orang tahu I big fan Foodnetwork channel. Tadi tengok Chopped Season 18, pastu beria-ria fikir kalaulah aku ni salah seorang dari contestant Chopped, apa yang aku nak masak? Hubby suka sangat western food, so try this new recipe la sebelum dia balik kerja. Nanti boleh bagi dia try rasa sekali :)

Mesti korang pernah tengok episod Chopped kan?? Contestant akan diberi satu bakul yang mengandungi 4 ingredients dan kena cipta satu masakan daripada bahan-bahan tersebut. Aku pun apa lagi habis jer episod "Firefighters Taste" tu, aku pun terus masuk kedapur. Aku ambik ingredients yang ada depan mata jer iaitu potato, bawang merah, mustard dan madu. Tadi baru basuh peti sejuk, tu yang barang-barang ni semua ada depan mata. So, nilah hasil uji kaji petang tadi. Sedap la pulak, korang jangan lupa try :)

GARAM MASALA ROASTED POTATO / KENTANG BAKAR GARAM MASALA
4 medium-size potato / 4 biji kentang saiz sederhana
2 small-size shallots / 2 ulas bawang merah saiz kecil
2 TBS extra virgin olive oil / 2 sudu besar minyak zaitun perahan pertama
1 TSP garam masala / 1 sudu kecil garam masala
1 TSP dried rosemary / 1 sudu kecil rosemary kering

HONEY MUSTARD ORANGE SAUCE
2 TBS honey / 2 sudu besar madu
2 TBS yellow mustard / 2 sudu besar mustard kuning
2 TBS orange juice / 2 sudu besar jus oren
4 TBS olive oil / 4 sudu besar minyak zaitun

Preheat the oven at 180 degrees Celsius. Peel the potatoes skin, cut them into small chunks. Finely slice the shallots. Mix all the ingredients into a bowl. Season with salt and black pepper. Put parchment paper in an oven dish and pour the mixture onto the parchment paper and bake it in the oven for 30-40 minutes until the potatoes are tender.

Combine honey, mustard and orange juice in a bowl. Whisk the ingredients slowly when adding the olive oil a bit by bit. When consistency achieved, pour the sauce onto the roasted potato. Serve immediately.

Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Kupas kulit kentang, dan potong kepada ketulan kecil. Hiris bawang merah nipis-nipis. Campurkan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Letakkan kertas minyak di dalam bekas ketuhar dan tuangkan semua bahan ke atas kertas minyak tersebut. Bakar di dalam ketuhar selama 30-40 minit sehingga kentang lembut.

Campurkan madu, mustard dan jus oren ke dalam mangkuk. Kacau bahan perlahan-lahan sambil memasukan minyak zaitun sedikit demi sedikit. Bila kepekatan tertentu telah dicapai, tuang sos ke atas kentang bakar yang telah masak. Hidangkan terus.

Cubalah, korang pasti takkan menyesal. Sangat-sangat sedap!! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...