BAHAN-BAHAN / INGREDIENTS
1 cawan tepung gandum biasa / 1 cup of regular flour
1/2 cawan bawang besar kuning dipotong dadu / 1/2 cup of diced brown onion
2/3 cawan air / 2/3 cup of water
1 biji telur sederhana / 1 medium-sized egg
1 tsp garam / 1 tsp of salt
Minyak sawit atau minyak jagung untuk menggoreng / Palm Oil or Canola Oil for frying
CARA-CARA / DIRECTION
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Heat oil in a wok.
2. Kacaukan semua bahan di dalam satu mangkuk. Mix all ingredients in a bowl.
3. Sudukan bahan ke dalam kuali. Spoon ju
Sunday, February 23, 2014
Wednesday, January 29, 2014
Kentang Bakar Garam Masala & Sos Oren Mustard Madu
Hello :)
Rasanya semua orang tahu I big fan Foodnetwork channel. Tadi tengok Chopped Season 18, pastu beria-ria fikir kalaulah aku ni salah seorang dari contestant Chopped, apa yang aku nak masak? Hubby suka sangat western food, so try this new recipe la sebelum dia balik kerja. Nanti boleh bagi dia try rasa sekali :)
Mesti korang pernah tengok episod Chopped kan?? Contestant akan diberi satu bakul yang mengandungi 4 ingredients dan kena cipta satu masakan daripada bahan-bahan tersebut. Aku pun apa lagi habis jer episod "Firefighters Taste" tu, aku pun terus masuk kedapur. Aku ambik ingredients yang ada depan mata jer iaitu potato, bawang merah, mustard dan madu. Tadi baru basuh peti sejuk, tu yang barang-barang ni semua ada depan mata. So, nilah hasil uji kaji petang tadi. Sedap la pulak, korang jangan lupa try :)
GARAM MASALA ROASTED POTATO / KENTANG BAKAR GARAM MASALA
4 medium-size potato / 4 biji kentang saiz sederhana
2 small-size shallots / 2 ulas bawang merah saiz kecil
2 TBS extra virgin olive oil / 2 sudu besar minyak zaitun perahan pertama
1 TSP garam masala / 1 sudu kecil garam masala
1 TSP dried rosemary / 1 sudu kecil rosemary kering
HONEY MUSTARD ORANGE SAUCE
2 TBS honey / 2 sudu besar madu
2 TBS yellow mustard / 2 sudu besar mustard kuning
2 TBS orange juice / 2 sudu besar jus oren
4 TBS olive oil / 4 sudu besar minyak zaitun
Preheat the oven at 180 degrees Celsius. Peel the potatoes skin, cut them into small chunks. Finely slice the shallots. Mix all the ingredients into a bowl. Season with salt and black pepper. Put parchment paper in an oven dish and pour the mixture onto the parchment paper and bake it in the oven for 30-40 minutes until the potatoes are tender.
Combine honey, mustard and orange juice in a bowl. Whisk the ingredients slowly when adding the olive oil a bit by bit. When consistency achieved, pour the sauce onto the roasted potato. Serve immediately.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius. Kupas kulit kentang, dan potong kepada ketulan kecil. Hiris bawang merah nipis-nipis. Campurkan semua bahan ke dalam sebuah mangkuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Letakkan kertas minyak di dalam bekas ketuhar dan tuangkan semua bahan ke atas kertas minyak tersebut. Bakar di dalam ketuhar selama 30-40 minit sehingga kentang lembut.
Campurkan madu, mustard dan jus oren ke dalam mangkuk. Kacau bahan perlahan-lahan sambil memasukan minyak zaitun sedikit demi sedikit. Bila kepekatan tertentu telah dicapai, tuang sos ke atas kentang bakar yang telah masak. Hidangkan terus.
Cubalah, korang pasti takkan menyesal. Sangat-sangat sedap!! :)
Thursday, January 9, 2014
Mee Bandung Muar
Salam, tekak ni dah lama tak makan makanan selatan, teringin la plak. Entah-entah baby yang nak makan bukan mommy dia. Hehe.
First time makan mee bandung masa belajar di Kolej Matrikulasi Johor. Lepas tu terus jatuh cinta dengan mee bandung. Suka sangat kalau dapat potong poach egg tu guna sudu ngan garfu dan makan dengan kuah. Nyum nyum nikmat tak terkata.
Hari ni ajak hubby try kedai kat area rumah kitaorang. Pak cik yang masak mee bandung ni dah nampak macam ditelan usia sangat-sangat, mungkin tu sebab kenapa mee bandung dia sedap. Perghh sumpah tak tipu.
Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar. Maklumlah ibu mengandung katakan, selalu lapar. Dah la muntah lagi hari ni. Apa la baby ni.
Overall, sangat sedap. Mungkin manis sikit sebab udang yang digunakan sangat sangat segar. Tapi bila dah perah limau kasturi okay sikit. Cut down the sweetness. Masa makan separuh, nampak macam sikit, macam tak cukup jer. Tapi bila dah habis, alhamdulilah kenyang.
Mee bandung ni cuma ada mee, telur, limau kasturi, satu fish ball dengan satu fish cake. Itu jer. Tapi boleh tahan sebab harga dia cuma RM3.50. Murah kan? Tapi penuh satu pinggan. Saya puas hati!!!
Gerai yang berpayung tu jerlah tempat pak cik tu masak. Dia pun sewa tapak jer ngan tauke kedai tu. Keadaan kedai agak usang tapi tak ada lalat dan sampah. Bagi yang berkereta susah sikit, sebab tempat parking kat depan sikit dalam 100meter. Kalau pakai motor, boleh parking jer depan kedai sebab jalannya agak sempit untuk parking kereta.
MEE BANDUNG MUAR
RM3.50/SEPINGGAN
Jalan PJS 2D/1
Taman Medan,
46000 Petaling Jaya
Subscribe to:
Posts (Atom)